PLKN Merang Suria, Terengganu (1214-0215) |
Assalammualaikum
Hampir taip dalam Bahasa Inggeris, lol. Taktahulah kalau orang perasan ke tak, aku cuba untuk tak campur rojak (minimaliskan) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu entri - sebab, ada sebabnya. Perasaan aku yang perlu dijaga emosinya mungkin boleh jadi salah satu alasan. Tapi rasanya selepas entri ke-empat atau lima habis aku langgar.
Fuh, kawal diri.
Kawal jari.
#1 Panjat Pokok
Lol. Aku kan, walaupun yang sulung - antara adik beradik aku yang lain boleh dikatakan penakut (cuba disembunyikan dengan perasaan malas nak menyusahkan diri sendiri). Rumah lama aku di Selangor ada pokok rambutan sebelah rumah :') Allahu, kalau musim dia beb naknangis rasanya. Aku suka yang kuning, taksuka yang merah sebab berair.
Dulu, adik-adik aku jenis gangster sikit, dorang suka cabar aku (yang berumur 6 tahun) :') Aku ni pulak memang ada penyakit taksuka dicabar, mula-mula aku abaikan je cabaran murahan depa lol tapi aku rasa nakcuba panjat pokok tu.
Aku panjat.
Takboleh turun.
Manusia-manusia bergelar pencabar tadi yang kena pergi amik kerusi untuk aku turun.
Tsk.
Taknangis okay. Aku rasa aku memang jenis gayat tapi gayat yang boleh diajar. Heh, kalau kau faham maksud aku. Waktu dekat Merang Suria dulu, aku paksa diri untuk buat Flying Fox.
Sampai sekarang takrasa menyesal.
#2 Terseliuh Tangan
Pertama kali aku terseliuh, ataupun boleh dianggap badly injured (atleast sampai sekarang, Alhamdulillah) adalah masa aku enam tahun. Waktu tu aku naik basikal budak lagi, tayar warna-warni, baru buang roda tiga :') Aku pergi main rumah jiran aku dekat blok lain, lepastu balik rumah nak amik raket badminton. Entah macam mana, gelojoh punya pasal - tayar basikal aku tersekat dan aku jatuh depan rumah. Nasib baik depan rumah, nak melalak ke apa senang terus.
Yang membuatkan aku ingat; ayah aku tahu trik aku :') Masa tu aku tidur, dengan tangan berbalut lol lepastu ayah aku tanya mak aku sama ada aku tidur lagi ke apa kan. Aku dahbangun waktu tu, tapi buat-buat tidur. Mak aku datang jenguk pastu dia kata aku tidur lagi, lepastu ayah aku datang jenguk depan pintu, dengan senyum sarkastik (hah dah tahu dari mana aku menurun kan) lepastu kata "Tidur apa kaki gerak-gerak." sambil gelak-gelak.
Ouch, ma hearteu.
Sampai sekarang ayah aku masih gelak dengan benda-benda kecik macam tu.
Contohnya, bila aku mabuk kenderaan semalam. Salahkan bas yang dipandu umpama bas dalam Harry Potter. Kita nakpergi TBS, bukan Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry okay.
#3 Mimpi
Aku rasa ni waktu aku kecik, kurang dari lima tahun. Satu-satunya memori yang memang melekat kukuh dalam kepala. Gam gajah atau gam gergasi penyelamat bumi ke apa aku pun taktau digunakannya. Aku ingat, aku ikut ayah aku pergi pasar malam lepastu ayah aku hantar aku balik rumah dan aku tidur atas kerusi panjang ruang tamu. Taklama lepastu aku terjaga, cari abah lol biasalah budak kecik kan ._. Dan aku mimpi sesuatu waktu tu, aku bagitau mak aku.
Ayah aku pergi pasar malam balik, belikan baju Hello Kitty untuk aku kah kah (my princesseu heart) dan aku tunggu. Lepastu, ayah aku balik. Lewat. Benda yang aku mimpi tu jadi dekat ayah aku. Mimpi apa, aku takboleh nakbagitahu. Saat tu hingga satu masa aku memang percaya aku dan ayah aku ada telepati emosi XD
---
Bila ingat balik, ada masa buat aku nakpergi semula waktu tu dan alami benda tu sekali lagi. Bukan kembali untuk mengubah. Bagi aku, berilah seberapa banyak peluang untuk aku kembali ke masa lampau dan perbaiki all those messed up they have made. I wouldn't.
Sebab, bila tengok perubahan yang orang sekeliling aku alami (Of course, ada those chipped out here and there a bit) Things are way better. Aku sendiri ambil masa untuk pulih secara emosi meski kalau dilihat dari luaran, aku dah moved on.
May time heals everything.
Allah yuftah 'alaikum. May Allah ease everything, cheer up! Have a nice day.
Sebab, bila tengok perubahan yang orang sekeliling aku alami (Of course, ada those chipped out here and there a bit) Things are way better. Aku sendiri ambil masa untuk pulih secara emosi meski kalau dilihat dari luaran, aku dah moved on.
May time heals everything.
Allah yuftah 'alaikum. May Allah ease everything, cheer up! Have a nice day.
2 comments
you look like have a nice childhood sis :P hehehehe
ReplyDeleteEveryone did, even the slightest small tiny euphoric momment, maybe we just can't recalled 'em XDD
Delete