picture: @BukuFixi |
Assalammualaikum.
Kampus yang ditulis oleh Syafiq Aizat ni di-release pada March 2017 tapi aku baru berkesempatan untuk baca selepas keinginan yang selama ini hanya disimpan tetiba kena rentap naik ke dasar. Ewah. So, I called my lovely fixi's enthuasiast, Puteri, to ask either she has Kampus, Entiti and Anomali lol. I got two out of three, tu pun kes dia takbukak plastik lagi. Aku dahlama takbaca novel melayu sebenarnya. Even Buku Fixi pun aku dahlama tinggal walaupun setiap kali depa release novel baru aku pun terikut sama hype (dan nakbeli but end up aku beli makanan lol).
Sejujurnya, apa itu penulisan yang bagus sangat mengelirukan, sebab masing-masing yang menilai punya taste berbeza-beza dan ada sesetenganya sehingga sangat berharap bahawa penulis perlu penuhi selesa dia seorang sahaja. Itu... agak mustahil. - Syafiq AizatImpression?
Aku takmenyesal baca Kampus. Sumpah!
It has been a while since I last read a Malay novel - which I have to emphasize here as I was having a major reader's block. Aku mampu habiskan Kampus dalam masa tiga ke empat jam sahaja. Pertama, sebab perasaan membuak naktahu siapa Krampus tu yang sebenar serta motif disebaliknya Kedua, aku rasa ada berkait dengan alur cerita Kampus ini sendiri yang agak smooth bagi aku. Syafiq Aizat is good at that, itu aku perasan.
Kampus, novel keempat Syafiq Aizat selepas tamatnya Trilogi Ajaib, masih lagi berkisar dalam bulatan penyiasatan. Pada satu masa, aku dapat rasa yang penulisan Kampus masih ada 'suara' kebudak-budakan daripada Trilogi Ajaib walaupun ironinya watak utama dalam Kampus adalah pelajar-pelajar universiti. Boleh jadi sebab novel ini merupakan transisi? Who knows.
Should you read it?
Totally!
Bagi aku, KAMPUS takterlalu kritikal. Ada lawaknya, ada santainya, ada teguran sinisnya kepada masyarakat lol. Hujung-hujung cerita baru aku mula pening sikit dek klu yang berterabur dan semua orang ada alasan legit untuk jadi Krampus. The ending, was it rushed? Welp, I'm in between. Apa-apapun aku suka penamat novel ni.
One more thing, KAMPUS bagi hint kepada Entiti (2018) dan Anomali (2019). Anomali adalah novel terbaru Syafiq Aizat yang mengumpulkan semua watak dari novel-novel yang ditulis olehnya. Macam Marvel lol.
Lessons learnt from the novel?
- Persahabatan datang dalam bentuk yang kadangkala kita sendiri takjangka. Bole jadi orang yang kita benci adalah that few people yang akan stick around when things get bad.
- Ada masa kita kena jadi rebellious. Lol. Aku suka ni hehehe.
- Setiap orang ada peluang untuk berubah, ambil peluang itu.
- Peka dengan orang sekeliling. The second we thought we know them well might turn otherwise in a split second.
---
#Kudos to Syafiq, aku rasa aku boleh nampak perubahan dari segi penceritaan penulis dari Awan sehinggalah Entiti. Dia dah tak kotoq sangat lol compared to Awan. Aku selalu rasa benda-benda macam tu macam 'perhiasan' yang used to be an identity bila orang mentioned je buku buku dari Fixi. Unnecessary decoration sekadar 'penyedap mata'.
0 comments