[review] ENTITI / Syafiq Aizat

By faten.banana - August 25, 2019

cover cantik gila tapi aku takut huwaa
Tajuk: ENTITI 
Penulis: SYAFIQ AIZAT 
Terbit: JUN 2018 
Penerbit: Buku Fixi
Mukasurat: 330 ms

Sinopsis:

Sebagai pelajar baru di sekolah, banyak benda baru yang dia perlu cari. Seperti kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru.

Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.

Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru.

Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.

Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak? (Source: Goodreads)


ENTITI memaksa aku untuk jadi seorang pembaca yang aktif. Kalau boleh, waktu baca memang aku nak pegang sebatang pensel supaya aku boleh conteng setiap muka surat. Terutamanya muka surat yang ada snippet dari 'Ensiklopedia Benda Ghaib' tu. 

Malangnya, novel ni kawan aku punya dan benda terakhir yang ada dalam senarai hidup aku adalah putus kawan :')

Novel ini bergenre adventure dengan 'percikan' mistik alam fantasi. Ilustrasi yang diselitkan sekali macam Hantu Air yang Iskandar seru dalam tandas sekolahnya dan Jin Permintaan sangat membantu! Setahu aku, sewaktu buku ini di release tahun lepas Syafiq Aizat ada selitkan beberapa kad/gambar yang ada disebut dalam novel semasa PBAKL2018. 

Bagi aku, itu sangat ... cool.

Seperti mana novel Syafiq Aizat yang lain - dia takpernah tidak berjaya untuk buat aku rasa impress dengan kebolehan dia bercerita tentang sesuatu yang datang dari imaginasi. Aku selalu rasa pelik bila novel Melayu cuba mewujudkan satu dunia yang baru atau berbeza dari realiti yang kita alami. Tapi kudos untuk Syafiq; mungkin cara penceritaannya yang agak terperinci tentang 'dunia' yang direkanya membuatkan aku termasuk sekali dalam dunia itu. 

Aku habiskan ENTITI dalam satu hari. Aku sebenarnya agak reluctant untuk memulakan ENTITI sebaik saja aku habiskan KAMPUS dek kerana aku sangat tak gemar cerita berunsur paranormal (turns out, its not). ENTITI, bagi aku agak laju jalan penceritaannya. Ada masa aku agak terkejut dengan graf plot yang tiba-tiba menarik aku ke atas kemudian turun dengan emosi yang aku takjangka akan alami. Ada masa juga aku rasa agak serabut disebabkan terlalu banyak benda yang terjadi dan terlalu banyak benda nak dihadam.

Dalam erti kata lain - ENTITI memaksa kau untuk jadi seorang pembaca yang aktif dan tidak malas.

Bila aku habis baca ENTITI, aku rasa nak lap my non-existent air mata. For some reason, ENTITI membuatkan aku rasa yang Syafiq dah lain. Kalau baca Ajaib dan Awan, you know how frequents he made 'explicit' jokes and references sampai aku rasa nak rolled-eyes dan tumbuk dinding ugh. Sejak AKSARA hinggalah ENTITI, aku perasan yang adult jokes dia dah berkurang.

Yeay! :D

ENTITI mungkin sebenarnya dah bagi hint yang akan ada satu novel yang bakal menyusul dimana semua karakter dari novel-novel Syafiq Aizat dihimpunkan. Yes, Anomali (2019), yang aku takbaca lagi.

+ ps: Aku masih lagi bereksperimen dengan cara dan stail yang paling aku selesa untuk tulis review, so bear with me.

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. best baca awak punya review 🤞

    ReplyDelete
  2. Out of all the fixi books that I've bought and read, never once I read Syafiq Aizat's work. Hmm.. I wonder why..But this book cover is so dope (plus the ribbon hehe) Definitely gonna buy this and nice review btw! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. I started my fixi journey with Syafiq Aizat, I guess that is one of the reasons why I love him (along with Lukman Hakim hehehe). The book cover and the ribbon (I dont have red thread actually) are major spoilers to the story itself :')

      Hehehehe, thanks and have a nice journey with it later!

      Delete
  3. Hahaha conteng sebarang nanti terus tak mengaku member XD
    Baca review just dah intriguing nak baca novel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaaaaan, lagi lagi kalau yang jenis jaga buku hehehe. You should try!

      Delete
  4. so cool. u got a friend yg publish books. i may not read it since there's pages yg pelik2 tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, I borrowed it from a friend :) Lol, trust me — this one got no explicit references yg visible unlike the other few before sebab tu rasa macam wow Syafiq XD Read few pages from Anomali through Playstore terus rasa, Syafiq dah lainnnnnn. Lol

      Delete
    2. I see. So that's why. But it's good review tho. thnk you so much

      Delete