Assalammualaikum.
Aku suka sangat mengemas, macam obses pun ada sebenarnya. Aku rasa antara sebab yang buat aku suka sangat mengemas ni adalah PLKN. Sebelum aku masuk PLKN, aku kemas jugak rumah tapi bak kata Ibu aku "Kemas rumah macam takkemas je." Ada rasa deja-vu tak? Lol. Aku jadi rajin sikit daripada biasa sejak duduk jauh dari rumah bila masuk bab kemas rumah ni.
17 tahun sebelumnya?
Biarlah rahsia~
Aku google berapa kerap sepatutnya kita kemas rumah (buang sawang/basuh tuala dan lain-lain) sebab aku tiba-tiba rasa naktahu. Selama ni aku buat semua benda berdasarkan firasat kewanitaan aku lol. Jadi aku akan kongsi apa yang aku jumpa dekat laman web Domestic CEO.
#1 Tukar Cadar dan selimut
Sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu atau dua minggu. Kalau kotor sangat, boleh tukar sekerap yang mungkin. Kalau aku, memang sekali dua minggu sebab aku basuh dengan tangan je.
Ada sekali aku basuh cadar dan jemur tapi aku tak klipkan (?) maka petang tu nak menangis tengok-tengok cadar aku hilang :') Sekali kawan sebilik aku suruh check dekat bawah, dan memang ada cis. Nasib baik ada orang gumpal sumbat dekat celah pemegang tangga kalau tak jadi alas kaki gais.
#2 Tuala
Sekali seminggu. Aku pun buat sekali seminggu, cuma kalau taksempat sangat memang aku basuh sekali je dua minggu T_T
Tahu-tahulah bila duduk asrama, ditambah dengan penyakit pemalas nakbasuh kain dengan tangan (kena ambil giliran yang panjang gila kalau nakbasuh pakai mesin basuh & duit syiling 50 sen yang selalunya takde) #SadLifeu
Ada jugak beberapa orang yang aku tahu kebiasaanya memang depa tukar tuala setiap hari takpun setiap kali selepas mandi.
#3 Kipas Siling
Sekali bagi setiap suku tahun (4 Bulan) takpun sebulan sekali. Aku jarang buat sebab aku malas nakmendongak (em-peace.jpeg)
Tapi aku buat jugak bila nampak sawang-sawang kelabu tu mula melekat, takpun bila aku takrasa ke-efektifan kipas tu lol. Berat sangat dengan sawang. Kadang-kadang aku bersihkan sebab bosan duduk sorang-sorang dalam bilik (tepuk belakang diri sendiri)
#4 Lantai
Setiap hari. Dekat bilik asrama aku, hm segan untuk saya katakan - aku hanya menyapu di hujung minggu takpun kalau rasa berpasir sangat :') Kalau rajin, setiap dua hari sekali sekali. Semuanya bergantung pada jadual kelas sebenarnya, aku jenis yang menyapu bila takde orang dalam bilik sebab taknak menganggu bila kena tutup kipas.
Kat bilik takde mop, tapi bila aku rajin aku lap lantai (pakai kain gais, sangat old school) dengan clorox je.
Sejak aku duduk hostel, dimana aku balik setiap cuti khas saja (Kelantan jauh sobs) aku dahdapat gelaran Bibik kalau balik rumah. Skil yang aku kutip masa dekat hostel aku praktis dekat rumah. Asrama aku dekat universiti macam bilik je, satu bilik ada empat orang. Bukak pintu ada rak kasut dan pintu jiran-jiran sebelah/depan. Bilik dan tandas dekat luar bilik yang dikongsi dengan jiran-jiran se-tingkat se-blok.
Malangnya, aku takrasa aku orang yang layak untuk diminta sebarang tips kemas rumah T_T Apa yang aku adalah benda yang biasa orang buat jugak. Kalau wujudnya keluarbiasaan itu barangkali disebabkan betapa peliknya manusia bernama aku.
Malangnya, aku takrasa aku orang yang layak untuk diminta sebarang tips kemas rumah T_T Apa yang aku adalah benda yang biasa orang buat jugak. Kalau wujudnya keluarbiasaan itu barangkali disebabkan betapa peliknya manusia bernama aku.
k takde sape rindu bilik stor ni gais T___T |