[review] Sweet Sour | Nasz

By faten.banana - May 15, 2017


[ Sweet Sour | Nasz | 2010 | Jemari Seni | 570 m/surat | RM21 SM/ RM24 SS ]

Assalammualaikum

Novel Sweet Sour ni sebenarnya novel pertama Nasz yang aku baru berkesempatan untuk dapatkan naskahnya semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, dua minggu yang lalu. Susah sikit nakcari novel ni sekarang sebab buku ni diterbitkan tahun 2010 dan aku difahamkan ia merupakan antara buku best seller Jemari Seni. 

Naskah yang ditangan aku ni pun sudah cetakan ke lapan ._. 

Aku mula kenal Nasz dari Lazuardi, buku latest dia - tu pun dah beberapa tahun lepas diterbitkan. Sesiapa yang takbaca lagi Lazuardi, tapi sukakan penulisan yang ringkas, mudah dihadam dengan scene-scene comel boleh mohon baca novel dari Nasz.

K dah habis promote :')

[Storyline]

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!
Secara jujurnya, bila aku baca sinopsis novel ni - aku mengharapkan sesuatu yang bersifat romantic-comedy. Tapi novel ni, untuk aku cakap genre utamanya adalah seperti yang aku jangka adalah tidak sama sekali. Jika dilihat dari struktur ayat dan pembinaan karakter, aku rasa lawaknya itu datang dari sifat Alia yang sengal lol. Genre yang tepat, mungkin light angst

Jalan penceritaannya, bagi aku agak cepat tapi takdelah sampai tahap rushing. Kalau part rushing pun mungkin aku boleh kata nakmasuk bahagian ending je. Aku rasa macam kena longgok sebijik gitu sebab satu persatu perkara yang kita naktahu semasa penceritaan terbongkar.

[Character(s)]

Aku taktahu sama ada nakpuji atau tidak karakter Alia yang jenis takmudah terjentik dengan masa silam gelap Joe. Lagi-lagi bila Joe sendiri jujur je bagitau apa yang Alia naktahu, takde selindung dan kadang-kala tidak beralas. Aku taktahu naknilai sama ada dia takpeduli disebabkan rasa sayang dekat Joe itu memang takde atau dia memang jenis manusia yang takkisah dengan masa lalu orang lain.

Even bila Jackie (self-claimed she is Joe's girlfriend lol) datang dan semuka dengan dia waktu dia reception. Fuh, kalau aku memang agak berapi tapi bila fikir balik - reaksi aku pun mungkin macam Alia jugak. #Tetiba.

Zarul, dia ni messed up. Sumpah messed up gila. Dia baik tapi semangat dia lemah. Lepas tahu reason dia, nak tahu kenapa aku cakap macam tu, kena cari masa untuk baca novel ni lah.

Joe adalah manusia yang paling sabar, aku rasa naknangis duh dengan kesabaran dia ni. Ditambah pulak dia cakap, 'I'll change' dekat Razif bila mana Razif cakap 'Dia nakterima ke kau yang macam ni?'. Something liddat, fuh. Saya respect.

Macam bezanya dua rasa - masam dan manis, macam tu jugaklah karakter hamba Allah dua orang ni, Zarul dan Joe. Bagi aku cerita ni banyak triggered aku as in this is one of the way belajar daripada kesilapan orang. Selama ni, kita selalu disajikan dengan bahan bacaan yang straight forward cakap bila kau dahbuat salah, untuk betulkan salah itu; cara betulnya begini.

Tak. Dalam novel ni tak. Dia just bagitau 'begini' dan 'begini' adalah salah, apa yang kau patut buat - kena fikir sendiri :')

[Favourite Scene]


[Moral]

  1. No matter how dark your life used to be, you can change. You can always change for a better you.
  2. Bila suka dekat seseorang, cuba jangan untuk biarkan rasa tu menguasai logik akal dan jangan pernah letak rasa cinta sepenuhnya pada seorang manusia. boleh jadi at the end of the day, he's not the one.
  3. Jangan mudah melatah, fikir sebelum buat satu-satu keputusan.
Adios!

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. This book was my all favourite, the first novel I bought, along with "Prince Charming"..! One part yg I suka about joe, how he had his eyes on Alia from the start and his patience, I could cry for him.. Okay now you made me want to re-read this again..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ei samaaaaaaaa hahahaha I memang suka gila Prince Charming XD IKR, his patience tu memang satu benda yang luar biasa fuh tambah bila dia nak iya-kan soalan Alia, instead of jawab sebijik atas muka dia senyum je pergh APAKAH INI ;')


      WELL YOU SHOULD!

      Delete
    2. eiiiii.. Both of them seriously the best...! I boleh repeat both of them thousand of times,. hahaha.. Part paling I suka, when Alia bashed about his drinking past and Joe did not deny it, dia siap bagi list semua arak.. hahaha..

      Delete
    3. dia jujur gila lol dan bila dia makan nasi lemak tapi macam budak-budak tu allahu, siap asing sambal :') sabar je kalau kena bahan dengan Alia XDD

      Delete
  2. "No matter how dark your life used to be, you can change. You can always change for a better you" sooo relatable to my latest post hihi.
    Anyway, dari gambar fav scene tu, nampak bahasa ringkas yang agak menarik (I don't really like bahasa ringkas and simple for a novel) plus rasa intrigued je dengan storyline yang misteri lepas baca your description on the characters. Hmm might will buy it bila jumpa buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh and because the main character is Alia, my name! Haha.

      Delete
    2. AWWWWWWH REALLY, den baru open tab for your blog ._. but really, I meant it. Maybe boleh kaitkan dengan watak Joe :)

      bahasa dia memang ringkas dan simple, takde bunga-bunga. Maybe sebab tu den boleh habiskan in less than 6 hours kot ._. hahahahahahaha yeay saya berjaya menyelitkan unsur misteri XD bila fikir balik memang banyak persoalan pun ._. nanti dahbaca boleh spazz sama2!

      Delete
  3. thought heroin dia nama zarul.. hahaha.. somehow i pun mcm alia jugak. past is past. yang penting dia dah insaf and willing to change. you live for your future. not your past.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahaha omg seriously XD

      I root for Joe! XD Yep, totally agree ._. 'you live for your future' tapi tulah, kadang-kadang terlupa sebab terlalu taksub dengan masa silam, kesilapan silam sampaikan lupa nakbagi peluang to start new pada diri sendiri.

      Thanks for the reminder! <3

      Delete
  4. Wahh rasa nak baca lagi sekali plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm nampaknya kena baca lagi sekali lah tu XD

      Delete
  5. JOE! Buat rasa nak baca lagi sekali! Hahaha. Rasa nak pengsan time Alia accident dengan Ferrari tu. Hahaha. Btw, boleh baca cerita Nasz dalam novel Warna. Ada 3 cerita dalam novel tu, and Nasz punya tajuk dia karamel kalau tak silap. Best jugak hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baca lagi sekali lah jawabnya! XD Den pun, waktu Alia cerrita kat Joe, mamat tu boleh buat relaks je kah kah :')


      Warna den dahbeli waktu PBAKL17 ritu mueheheheheehehehe XD

      Delete
  6. Ramainya orang dah baca + feedback positive..alaaa nak baca juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab buku ni release dah lama kot hahahahahahaha tujuh tahun lepas kan XD baca baca, boleh dapatkan dekat jemari seni online :D

      Delete
  7. haha saya pun dah baca buku ni. best but i love lazuardi more hahaha sebab lazuardi lagi sakit hati kot sebab tu lagi best hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha ni memang suka sakit hati ke apa XD tapi den pun lagi suka lazuardi sebab Sweet Sour ni macam kontemporari je, takde emosi ngat :')

      Delete
  8. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  9. terpikat pula dah dengan Joe Jambul 😂 Mana nak dapat lagi novel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha boleh visit http://jemariseni.com :D

      Delete