Aku dan kasut ada special bonding yang payah nak di-ungkapkan. Tali kasut terurai
dari ikatannya tu dahbiasa. Masa sekolah dulu, selalu dahkena tegur.
“Fatin, tali kasut.”
“Fatin, ikat tali kasut tu betul-betul.”
“Fatin, lain kali stapler je tali kasut tu.”
“Fatin, kasut yang tali taktercabut pun boleh tercabut kalau
dia pakai.”
Lulz.
Tu baru kira kasut, belum cerita selipar
apa semua. Tercabut tengah jalan dalam hujan mencurah turun, tercabut tapak
waktu pergi majlis kahwin rumah nenek saudara aku. Banyak sangat.
Dan bila masuk universiti, aku tibai
kasut sukan yang aku beli dengan hanya RM20. Bertahan lama kasut tu, dari aku
semester satu, sekarang nakhabis semester tiga – dengan warna hitam dan garisan
hijau florecent memancar dari jauh [nasib takbuta sebab silau ngat] dan comel
yang tak usah dibicara. Sekarang isi dalam kasut tu dahmacam terburai, mak aku
bising suruh beli kasut baru waktu aku balik cuti pertengahan semester haritu.
Mungkin sebab keadaannya yang sangat daif dan menyayat hati kot.
Aku beli je yang baru, tapi entah –
penyakit apa entah, aku rasa sayang gila nakgantikan kasut lama tu dengan yang
baru. Aku simpan je kasut tu bawah almari. Sebab perasaan aneh aku yang takmahu
gantikan kasut lama yang dahlama berkhidmat dengan aku. Ha yelah – nakpergi kelas,
Cold Storage depan universiti, pasar malam & bookstore hopping [ihiks]
semua tibai satu kasut tu je. Ada lagi satu kasut, warna kelabu diatas –
mula-mula aku pakai pergi kelas pastu aku guna untuk pergi latihan silat.
Bila cakap buat pergi latihan silat, em em you can expect all the dirt, lecah and stuff from the field; lagi-lagi
lepas hujan. Hm, makin masyuk jadinya. Fabulous gitu.
“When
you get a new one, doesn’t mean you actually have to forget the old one.” Lulz,
aku basuh diri sendiri. Selama ni asyik basuh kepala orang je. Parah, sebab
tahap naktukar kasut sendiri kepada yang baru pun kena basuh otak. Suka sangat complicated-kan masalah.
Tsk.
Dan, disini aku – menulis perihal
sepasang kasut hingga berjela. Hahahaha. Takut sebenarnya. Analoginya seperti
perihal kasut aku diatas, barangkali hampir serupa. Tapi level kekusutan dia lagi tinggi, atau sengaja aku acah-acah naik
ber-level.
Doakan aku.
4 comments
that moment bila kita rasa syg gila nk buang kasut fveret.org luar tkfhm.diaorng cuma thu tknk tngok ksut tu wujud lgi dpn mata diaorng.duhh
ReplyDelete@Jo lulz agreeeee but sometimes, its for our own good jugak ;-; in a way.
ReplyDeleteAh, apakah? Lulz ship pateng dengan kasut.
shld i ship u with shoes?
ReplyDelete@zaatira zainuddin Mohon ~
ReplyDelete